e-INFO

TERIMA KASIH JENGOK BLOG SAYA

ooooooooooooo

PENCIPTA WALKIE-TALKIE

Ramai daripada kita telah mengenali dan menggunakan walkie-talkie tetapi tidak ramai yang tahu sejarahnya dan siapakah penciptanya.
Walkie-talkie atau alat perhubungan menggunakan gelombang radio juga dikenali sebagai penerima mudahalih dibangunkan pada masa Perang Dunia Kedua (WW2) untuk kerajaan Kanada oleh Donald L.Hings.Ekoran dengan peperangan itu,beliau berpindah ke Burnaby,British Columbia,Kanada tempat Hings membangunkan syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang elektronik.
Kerja-kerjanya melibatkan bidang berkaitan antena,teknologi radio dan teknik eksplorasi geofizik menggunakan intrumen elektromagnet yang dihasilkan sendiri.Kajian Hings bagaimana mereka cipta alat popular itu bermula pada tahun 1937 dengan menghasilkan satu alat mudah alih menerima isyarat radio untuk majikannya CM&S.
Walkie-talkie atau handy-talkie dihasilkaan menerusi penyelidikan rahsia untuk kegunaan tentera pada tahun 1942 selepas kajian sejak tahun 1940 dengan pertama C-58.Berdasarkan laporan,pada mulanya dikenali sebagai packset dan dipatenkan oleh beliau di Spokane,Washington tidak lama selepas itu.Ketika itu,Kanada berperang dengan Jerman dan kerajaan negara berkenaan meminta majikannya menghantar beliau ke Ottawa,(ibu negeri) untuk membangunkan semula walkie-talkie bagi kegunaan tentera.
Hings bertugas disana selama lima tahun bermula 1940 sehingga 1945.Sepanjang tempoh tersebut,Hings membangunkan beberapa model walkie-talkie termasuk C-58 yang popular sehingga 18,000 unit dapat dibekalkan untuk kegunaan tentera infantri.
Reka bentuk yang sama juga dapat dihasilkan untuk kegunaan tentera udara dan selepas era perang tamat,penggunaannya diperluaskan untuk kegunaan keselamatan awam,komersial,kerja lapangan dan seterusnya radio amatur hingga ke hari ini.Ciri-ciri utamanya termasuk saluran separuh dupleks yang hanya menggunakan satu radio menghantar isyarat pada satu-satu masa dan suis push-to-talk untuk menghantar isyarat.
Dalam bentuk biasa dilihat,walkie-talkie menyerupai telefon bimbit daan mungkin lebih besar daripada segi saiz tetapi mempunyai antena.Bezanya,bahagian mendengar telefon bimbit hanya untuk kegunaan pengguna mendengar sedangkan pembesar suara walkie-talkie terbina dalam dan boleh didengar oleh mereka yang berada berhampiran.
Pada 2006,Hings disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Telekomunikasi (Telecommunication Hall of Fame)Beliau sentiasa menjalankan penyelidikan dan reka cipta dalam bidang komunikasi dan geofizik sehingga hari persaraan dan memegang 55 paten di Kanada serta Amerika Syarikat.

PERIHAL RADIO AMATUR

Radio Amatur (Ham Radio) adalah satu hobi dimana seseorang itu dapat berhubung dengan rakan yang lain secara individu atau berkumpulan diseluruh dunia dengan menggunakan gelombang radio.
Contohnya anda berada di Johor,anda boleh berhubungdengan rakan-rakan radio amatur lain yang berada di Perlis,Perak,Kelantan dan tak kira dimana diseluruh Malaysia amnya menggunakan frekuansi 144Mhz-148Mhz secara percuma.
Perhubungan ini dilakukan dengan menggunakan suara atau isyarat-isyarat lain seperti Kod Morse(CW) atau kaedah digital lain.
Seseorang yang hendak menjadi pengendali radio amatur hendaklah lulus peperiksaan Radio Amateur Examination(RAE).Setelah lulus barulah boleh membuat permohonan bagi mendapatkan lesen radio amatur.
Di Malaysia,pihak yang memegang kuasa mengeluarkan lesen radio amatur ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).
Bayaran lesen kelas A ialah RM36.00 setahun manakala lesen kelas B buat masa ini ialah RM24.00 setahun.Setiap pengendali radio amatur mempunyai kod panggilan atau callsign tersendiri.
Di Semenanjung Malaysia,callsignnya ialah 9M2 dan 9W2,di Serawak 9M8 dan 9W8 manakala di Sabah ialah 9M6 dan 9W6.Sebelum menjadi pengendali radio amatur yang berlesen,seseorang itu dipanggil SWAL(ShortWave Listenen).
Setelah lulus RAE barulah seseorang itu boleh memancar dan berQSO di udara.
Maklumat lanjut mengenai peperiksaan RAE bolehlah diperolehi dengan mengunjungi laman web SKMM dari masa ke semasa.
http://www.skmm.gov.my

MY STICKER PARC PERLIS

MY STICKER PARC PERLIS
Loading...

CLUB HAM'S

CLUB HAM'S

Hasimi B Abdullah (9w2cme)